30 July, 2008

REFLEKSI E-MEL

1) REFLEKSI E-MEL

PENDAHULUAN


Refleksi metakognitif ialah proses mengingatkan kembali langkah demi langkah bagi setiap fasa dalam menjalankan tugasan dari peringkat permulaan, pertengahan dan akhir. Refleksi Metakognitif juga ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.

LANGKAH-LANGKAH MENYIAPKAN TUGASAN

Memahami Tugasan

Dalam memahami tugasan yang diberikan saya mengambil masa selama 5 minit termasuk perbincangan yang dilakukan bersama rakan-rakan dalam proses untuk memahami tugasan mingguan komputer dalam pendidikan. Berdasarkan plan tindakan yang diberikan oleh Puan Sakinah Mohamad, maka saya cuba meneliti dan memahaminya. Setelah memahaminya iaitu pelajar dikehendaki membuat beberapa tugasan dalam minggu pertama perjumpaan. Antara tugasan yang diberikan ialah seperti berikut:

1. Email ( minggu 1 & 2 )

2. Yahoo groups ( minggu 1 & 2 )

3. Bina blog ( minggu 3 )

Tugasan pembinaan blog adalah merupakan tugasan yang diberikan oleh puan Sakinah kepada pelajar pada minggu ketiga perjumpaan.

LANGKAH-LANGKAH TUGASAN E-MEL
MEL ELEKTRONOK (E-MEL)

1.E-mel adalah penggunaan Internet yang paling popular. Hampir semua orang yang mempunyai kemudahan Internet menggunakan e-mel untuk satu tujuan atau lain.

2. Melalui e-mel, kita boleh menaip surat dan mengeposnya ke alamat destinasi tanpa penampalan setem atau ke pejabat pos. Semuanya dapat dilakukan dirumah atau pejabat.

3. E-mel yang telah dihantar boleh diterima oleh penerima yang berada dimana-mana di dunia dalam masa yang Sangay pantas iaitu dalam beberapa saat atau minit sahaja.

4. Sebelum menggunakan perkhidmatan E-mel yang ada di yahoo, terlebih dahulu kita harus memiliki akaun di yahoo dengan cara mendaftar terlebih dahulu dengan menggunakan langkah-langkah berikut:

A. MENDAFTAR DI YAHOO

1. Klik ikon browser Internet Explorer dari desktop atau pada tolbar desktop.
2. klik pada URL berikut: http://www.yahoo.com/
3. Satu bentuk imej akan dipaparkan apabila yahoo dilancarkan. Seterusnya klik ikon "E-MEL" yang terdapat di paparan tersebut.
4. kemudian klik ’SING UP NOW’ dibahagian bawah paparan tersebut.
5. satu paparan lagi akan kelihatan dan kita dikehendaki mengisi semua data yang diperlukan.
6. Seterusnya setelah borang pendaftaran diisi, klik ’SUBMIT THIS FROM’
7. Anda telahpun membuka akaun baru dengan yahoo.


B. MEMBUKA DAN MEMBACA E-MEL

Setelah saya mendaftar dan memiliki ID di yahoo.com saya dapat membuka dan membaca E-mel.

1. Klik pada browser Internet Explorer pada desktop.
2. Klik pada URLberikut: http://www.yahoo.com/ sekali lagi
3. Diruang Address, taipkan alamat http://www.yahoo.com/ dan klik GO di sebelah kanan kotak
4. Setelah laman muka yahoo dipaparkan, klik E-mel
5. Satu kekotak akan muncul . isikan ID dan Password.
6. Setelah itu, saya klik ” SING IN”
7. Kemudian klik Check E-mel
8. klik inbox
9. Dwiklik subject E-mel yang hendak dibaca.
10. Saya telah berjaya membuka dan membaca E-mel.

C. MENULIS DAN MENGIRIM E-MEL

1. Apabila diklik pada ikon yahoo mail yang ada pada laman muka yahoo, satu kekotak akan muncul.
2. Klik butang COMPOSE. Satu kekotak lagi akan muncul.
3. Sekiranya saya ingin menulis dan menghantar e-mel, maka saya akan mengisi ruang-ruang yang diperlukan.seperti, isi kandungan mesej, alamat Cc, Subject, To dan seterusnya klik pada butang SEND.

D. MENGHANTAR SALINAN DAN FORWARD E-MEL


1. Saya telah mengahntar salinan e-mel kepada puan sakinah, saya telah memasukkan alamat e-mel puan sakinah di ruang Cc.
2. Klik butang Send.
3. Apabila saya menerima e-mel dan ingin mengirimnya kepada orang lain, saya harus mengklik butang forward.
4. Kemudian klik send sekali lagi.

E. MENYERTAKAN LAMPIRAN PADA E-MEL

1. Klik ATTACHMENTS maka akan muncul paparan kekotak..
2. Klik browse, pilih file yang hendak dihantar sebagai lampiran.
3. Klik pada butang Attach file
4. Klik contineu
5. Kekotak Compose akan muncul semula. Klik Send.

1 comment:

liyana said...

waahh...
lengkap dgn maksud refleksi metakognisi, langkah memahami tugasan dan step buat emmel dari awal hingga akhir. macamana nak send,baca emel pun ada diceritakan.

maknanya, awk ni btl2 buat proses metakognisi. tahniah ye.