30 July, 2008

REFLEKSI YAHOO GROUPS

2) LANGKAH-LANGHKAH TUGASAN YAHOO GROUPS


A. MENDAFTAR DI YAHOO GROUPS

1. Klik ikon browser Internet Explorer dari desktop atau pada tolbar desktop.
2. klik pada URL berikut: http://www.yahoo.com/
3. Satu bentuk imej akan dipaparkan apabila yahoo dilancarkan. Seterusnya klik ikon” GROUPS” yang terdapat di sebelah kiri paparan tersebut.
4. Satu lagi kekotak akan muncul
5. Klik pada butang start your group
6. Seterusnya isi maklumat groups yang diperlukan
7. Isi ID dan password. Klik SING IN


B. INVITE KAWAN-KAWAN DALAM GROUPS

1. Klik ikon browser Internet Explorer dari desktop atau pada tolbar desktop.
2. klik pada URL berikut: http://www.yahoo.com/
3. Satu bentuk imej akan dipaparkan apabila yahoo dilancarkan. Seterusnya klik ikon” GROUPS” yang terdapat di sebelah kiri paparan tersebut.
4. Klik SING IN yang terdapat disebelah atas paparan
5. Masukkan ID dan Pasword
6. Klik SING IN sekali lagi
7. Satu paparan akan muncul, pilih INVITE dan klik
8. Satu kekotak akan muncul untuk kita memasukkan alamat e-mel kawan-kawan yang lain.
9. Setelah selesai, klik ”SUBMIT INVITE”

C. MENGHANTAR MESEJ KEPADA AHLI GROUPS

1. Klik ikon browser Internet Explorer dari desktop atau pada tolbar desktop.
2. klik pada URL berikut: http://www.yahoo.com/
3. Satu bentuk imej akan dipaparkan apabila yahoo dilancarkan. Seterusnya klik ikon” GROUPS” yang terdapat di sebelah kiri paparan tersebut.
4. Klik SING IN yang terdapat disebelah atas paparan
5. Masukkan ID dan Pasword
6. Klik SING IN sekali lagi
7. Satu paparan akan muncul pilih POST dan klik
8. Satu kekotak akan muncul lagi, lengkapkan Subject
9. Kemudian tulislah msg kepada ahli group
10. Seterusnya klik SEND.


D. MEMBACA MESEJ YANG TELAH DIPOS

1. Klik ikon browser Internet Explorer dari desktop atau pada tolbar desktop.
2. Klik pada URL berikut: http://www.yahoo.com/
3. Satu bentuk imej akan dipaparkan apabila yahoo dilancarkan. Seterusnya klik ikon” GROUPS” yang terdapat di sebelah kiri paparan tersebut.
4. Klik SING IN yang terdapat disebelah atas paparan
5. Masukkan ID dan Pasword
6. Klik SING IN sekali lagi
7. Satu paparan akan muncul pilih MESSAGES dan klik
8. Kelihatan mesej-mesej yang telah dipos dan dibalas dipaparkan
9. Bilangan mesej juga dinyatakan dibahagian bawah.

E. MEMBALAS MESEJ YANG DIPOS

1. Klik ikon browser Internet Explorer dari desktop atau pada tolbar desktop.
2. klik pada URL berikut: http://www.yahoo.com/
3. Satu bentuk imej akan dipaparkan apabila yahoo dilancarkan. Seterusnya klik ikon”E-mel” yang terdapat di sebelah atas paparan tersebut.
4. Masukkan ID dan Pasword
5. Klik SING IN
6. Klik butang Inbox
7. Dwi klik pada mesej yang hendak dibaca
8. Klik butang REPLAY pada bahagian atas and send.

F. MENYIMPAN DOKUMEN DALAM YAHOO GROUPS

1. Klik ikon browser Internet Explorer dari desktop atau pada tolbar desktop.
2. Klik pada URL berikut: http://www.yahoo.com/
3. Satu bentuk imej akan dipaparkan apabila yahoo dilancarkan. Seterusnya klik ikon ”GROUPS” yang terdapat di sebelah kiri paparan tersebut.
4. Klik SING IN yang terdapat disebelah atas paparan
5. Masukkan ID dan Pasword
6. Klik SING IN sekali lagi
7. Satu paparan akan muncul pilih FILES dan klik
8. Satu kekotak akan muncul klik pada butang ADD FILES
9. Tulis file nama dan klik browse
10. Namakan file tersebut sekali lagi
11. Setelah itu klik pada butang UPLOAD FILE yang terletak di bahagian bawah kekotak tersebut.
12. Saya telah selesai menyimpan dokumen tersebut dalam yahoo grops

REFLEKSI E-MEL

1) REFLEKSI E-MEL

PENDAHULUAN


Refleksi metakognitif ialah proses mengingatkan kembali langkah demi langkah bagi setiap fasa dalam menjalankan tugasan dari peringkat permulaan, pertengahan dan akhir. Refleksi Metakognitif juga ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.

LANGKAH-LANGKAH MENYIAPKAN TUGASAN

Memahami Tugasan

Dalam memahami tugasan yang diberikan saya mengambil masa selama 5 minit termasuk perbincangan yang dilakukan bersama rakan-rakan dalam proses untuk memahami tugasan mingguan komputer dalam pendidikan. Berdasarkan plan tindakan yang diberikan oleh Puan Sakinah Mohamad, maka saya cuba meneliti dan memahaminya. Setelah memahaminya iaitu pelajar dikehendaki membuat beberapa tugasan dalam minggu pertama perjumpaan. Antara tugasan yang diberikan ialah seperti berikut:

1. Email ( minggu 1 & 2 )

2. Yahoo groups ( minggu 1 & 2 )

3. Bina blog ( minggu 3 )

Tugasan pembinaan blog adalah merupakan tugasan yang diberikan oleh puan Sakinah kepada pelajar pada minggu ketiga perjumpaan.

LANGKAH-LANGKAH TUGASAN E-MEL
MEL ELEKTRONOK (E-MEL)

1.E-mel adalah penggunaan Internet yang paling popular. Hampir semua orang yang mempunyai kemudahan Internet menggunakan e-mel untuk satu tujuan atau lain.

2. Melalui e-mel, kita boleh menaip surat dan mengeposnya ke alamat destinasi tanpa penampalan setem atau ke pejabat pos. Semuanya dapat dilakukan dirumah atau pejabat.

3. E-mel yang telah dihantar boleh diterima oleh penerima yang berada dimana-mana di dunia dalam masa yang Sangay pantas iaitu dalam beberapa saat atau minit sahaja.

4. Sebelum menggunakan perkhidmatan E-mel yang ada di yahoo, terlebih dahulu kita harus memiliki akaun di yahoo dengan cara mendaftar terlebih dahulu dengan menggunakan langkah-langkah berikut:

A. MENDAFTAR DI YAHOO

1. Klik ikon browser Internet Explorer dari desktop atau pada tolbar desktop.
2. klik pada URL berikut: http://www.yahoo.com/
3. Satu bentuk imej akan dipaparkan apabila yahoo dilancarkan. Seterusnya klik ikon "E-MEL" yang terdapat di paparan tersebut.
4. kemudian klik ’SING UP NOW’ dibahagian bawah paparan tersebut.
5. satu paparan lagi akan kelihatan dan kita dikehendaki mengisi semua data yang diperlukan.
6. Seterusnya setelah borang pendaftaran diisi, klik ’SUBMIT THIS FROM’
7. Anda telahpun membuka akaun baru dengan yahoo.


B. MEMBUKA DAN MEMBACA E-MEL

Setelah saya mendaftar dan memiliki ID di yahoo.com saya dapat membuka dan membaca E-mel.

1. Klik pada browser Internet Explorer pada desktop.
2. Klik pada URLberikut: http://www.yahoo.com/ sekali lagi
3. Diruang Address, taipkan alamat http://www.yahoo.com/ dan klik GO di sebelah kanan kotak
4. Setelah laman muka yahoo dipaparkan, klik E-mel
5. Satu kekotak akan muncul . isikan ID dan Password.
6. Setelah itu, saya klik ” SING IN”
7. Kemudian klik Check E-mel
8. klik inbox
9. Dwiklik subject E-mel yang hendak dibaca.
10. Saya telah berjaya membuka dan membaca E-mel.

C. MENULIS DAN MENGIRIM E-MEL

1. Apabila diklik pada ikon yahoo mail yang ada pada laman muka yahoo, satu kekotak akan muncul.
2. Klik butang COMPOSE. Satu kekotak lagi akan muncul.
3. Sekiranya saya ingin menulis dan menghantar e-mel, maka saya akan mengisi ruang-ruang yang diperlukan.seperti, isi kandungan mesej, alamat Cc, Subject, To dan seterusnya klik pada butang SEND.

D. MENGHANTAR SALINAN DAN FORWARD E-MEL


1. Saya telah mengahntar salinan e-mel kepada puan sakinah, saya telah memasukkan alamat e-mel puan sakinah di ruang Cc.
2. Klik butang Send.
3. Apabila saya menerima e-mel dan ingin mengirimnya kepada orang lain, saya harus mengklik butang forward.
4. Kemudian klik send sekali lagi.

E. MENYERTAKAN LAMPIRAN PADA E-MEL

1. Klik ATTACHMENTS maka akan muncul paparan kekotak..
2. Klik browse, pilih file yang hendak dihantar sebagai lampiran.
3. Klik pada butang Attach file
4. Klik contineu
5. Kekotak Compose akan muncul semula. Klik Send.

28 July, 2008

SELAMAT DATANG

selamat datang..
ke blog
zarina zakaria
SATU demi satu bencana mencemari alam dan paling teruk, meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa. Tanpa amaran, ia memusnahkan segalanya dalam sekelip mata. Namun, beginilah keadaannya apabila bumi 'mengamuk'. SICHUAN, China: Gegaran sekuat 7.8 skala ritcher menyebabkan banyak mangsa maut di bawah timbunan runtuhan bangunan. Bermula dengan kes letusan gunung berapi di Chile pada 2 Mei lalu, penduduk-penduduk di bahagian selatan negara itu lari bertempiaran meninggalkan rumah dan haiwan peliharaan sebaik saja Gunung Chaiten memuntahkan laharnya. Di bandar Futaleufu, asap tebal dan abu hitam menutupi kebanyakan kawasan. Hanya 400 daripada 1,500 penduduk di kawasan itu dibenarkan tinggal di rumah masing-masing meskipun bekalan air sudah terputus. Sesetengah pakar ekologi berpendapat, bencana ini meninggalkan kesan perubahan yang ketara ke atas alam semula jadi seperti hutan pokok sipres dan pain di samping spesies rusa yang jarang ditemui.

LABUTTA, Myanmar: Mangsa taufan Nargis merenung masa depan kehidupan mereka yang kini semakin sukar. Chile merupakan 'rumah' kepada 2,000 gunung berapi, di mana 500 daripadanya masih aktif dan hampir 60 gunung berapi ini telah meletus sejak 450 tahun yang lalu. Chaiten buat pertama kali meletus dalam tempoh beribu tahun.Di Myanmar, hampir 30,000 nyawa hilang sebaik Siklon Nargis melanda pada hari yang sama dengan kekuatan tiupan angin selaju 120 batu sejam dan ribut taufan. Secara rasminya 33,000 penduduk dipercayai maut dengan lebih 50,000 masing hilang meskipun seorang jurucakap dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Richard Horsey percaya besar kemungkinan angka itu lebih tinggi, iaitu boleh mencapai sehingga 100,000 orang.

Dalam situasi genting sebegini, lebih daripada dua juta penduduk memerlukan bantuan segera dari segi makanan, minuman dan pakaian tetapi usaha untuk mencapai ke kawasan-kawasan luar bandar memang sukar. Di kawasan yang paling teruk ditimpa malapetaka, Delta Irrawaddy, penduduknya hidup dalam keadaan serba kekurangan dengan beratus-ratus orang mendapatkan teduhan di dalam biara. Gempa bumi itu yang berlaku pada pukul 2.28 petang (waktu tempatan), dirasai selama beberapa minit di Bangkok, Thailand, yang jaraknya kira-kira 3,300 kilometer ke barat daya China. Bangunan di ibu negara Vietnam, Hanoi, juga dilaporkan bergegar. SICHUAN, China: Seorang lelaki menangis selepas ahli keluarganya menjadi korban gempa. Kurang tiga bulan Beijing akan menjadi tuan rumah kepada sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik. Namun, ramai yang mempersoalkan adakah China mampu menganjurkan di sebalik pelbagai bencana yang menimpa.